Hari : Rabu
Tarikh : 6 Oktober 2011
Masa : 60 minit
Kelas : Tahun 4
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Sifat-sifat bahan.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
i) Menyatakan bahan lutsinar,lutcahaya dan legap
ii) Mengelaskan objek lutsinar, lutcahaya dan legap.
iii) Menyenaraikan objek lutsinar, lutcahaya dan legap.
Pendekatan P&P : Pembelajaran Masteri
Kaedah : Perbincangan, Soal jawab, Projek, Demontrasi
KPS : Berkomunikasi, Memerhati, Menyoal, Menginferens, Mengelas, Meramal
KMS : Mengguna dan mengendalikan bahan dengan betul dan cermat
BBM : Bahan visual, Pembalut buku, beg plastik dan kad manila, Slaid tayangan, Lembaran Kerja, Kotak Hitam, Guli,
Kertas kosong, Keratan gambar, Gam, Pensil Warna, Gunting, Kertas tebal
Fasa Pengajaran | Isi kandungan | Aktiviti | Fasa/SDK/Catatan |
Set Induksi (5 minit) | Kotak Hitam - isi kandungan kotak ialah guli | 1. Murid memerhatikan kotak hitam yang di tunjukkan oleh guru. 2. Soal jawab: a. Pada pendapat kamu, apakah isi kandungan kotak ini? b. Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk mengetahui isi kandungan kotak ini tanpa mengeluarkan isi kandungannya? | KPS: 1 . Berkomunikasi 2. Memerhati 3. Meramal Persediaan: · Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada BBM: Kotak Hitam, Guli |
Pencetusan Idea (10 minit) | Sifat-sifat bahan. | 1. Tiga orang murid dipanggil untuk membuat demontrasi dan diberi 3 jenis bahan yang berlainan sifat. 2. Murid tersebut diminta untuk menutup muka dengan bahan yang disediakan. 3. Murid lain memerhatikan apa yang dilakukan oleh 3 orang murid tersebut. Soal-jawab: 1. Antara ketiga-ketiga murid yang manakah wajahnya dapat dilihat dengan jelas? 2. Mengapakah muka murid A dapat dilihat dengan jelas? 3. Mengapakah muka murid B kelihatan samar? 4. Mengapakah muka murid C tidak kelihatan? | KPS:
KBKK:
BBM: Pembalut buku, beg plastik dan kad manila. Nilai Murni:
Tahap Kognitif:
|
Penstrukturan Semula Idea (15 minit) | Konsep lutsinar, lutcahaya dan legap. | 1. Murid menerangkan tentang konsep lutsinar, lutcahaya dan legap mengikut pemahaman masing-masing. 2. Murid memerhatikan tayangan slaid mengenai sifat-sifat bahan. · Lutsinar adalah bahan yang membenarkan semua cahaya menembusinya · Lutcahaya adalah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya menembusinya. · Legap adalah bahan yang tidak membenarkan cahaya yang menembusinya. 2. Berdasarkan slaid yang telah ditunjukkan, murid: a. Memberi contoh bahan lut sinar b. Memberi contoh bahan lutcahaya c. Memberi contoh bahan legap 3. Murid mengadakan sesi perbincangan dalam kumpulan mengenai konsep lutsinar, lutcahaya dan legap. | KPS:
KBKK:
Nilai Murni:
BBM:
|
Aplikasi Idea (25 minit) | Menyenarai dan mengelaskan bahan-bahan mengikut sifat |
· Murid-murid menyediakan contoh gambar mengikut kategori sifat-sifat bahan · Bahan diambil daripada suratkhabar dan majalah | KPS:
KMS
KBKK:
Nilai Murni:
BBM:
Tahap Kognitif:
|
Refleksi (5 minit) | Tayangan video | Murid menonton Tayangan video mengenai sifat bahan (lutsinar, lutcahaya dan legap) | Tahap Kognitif:
BBM: Tayangan Slaid |
May i know can i view Lampiran and the Video ?
ReplyDeletecan i see ur lampiran and video?
ReplyDelete