Monday 12 December 2011

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS TAHUN 4

Hari                            :   Khamis

Tarikh                        :   06 Oktober, 2011

Masa                          :   60 minit

Kelas                         :  Tahun 4

Tema                         :  Menyiasat Alam Kehidupan

Tajuk                         :  Keperluan Asas Benda Hidup- Haiwan
                                      
Objektif                      : Memahami haiwan mempunyai keperluan asas.

Hasil Pembelajaran:   Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

i)             mengenalpasti keperluan asas haiwan.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mempelajari tentang ciri-ciri haiwan di Tahun 3.

Pendekatan  P&P   :  Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Kaedah / Stategi P& P : Eksperimen, Perbincangan



















Perancangan P&P:

Fasa Pengajaran

Isi kandungan
Aktiviti
Fasa / Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Mendengar dan memahami cerita

Jenis aktiviti : Bercerita

1.     Guru memulakan kelas dengan satu cerita bertajuk ”Hafiz dan Ikannya.”
2.     Murid diminta mendengar cerita tersebut dengan teliti.
3.     Selepas mendengar cerita, guru menyoal beberapa soalan :
(a)  Apakah kegemaran Hafiz ?
(b)  Mengapakah Hafiz dan keluarganya balik ke kampung ?
(c)  Apakah yang terjadi kepada ikan Hafiz semasa mereka di kampung?

Jawapan Murid :

(a)  Hafiz gemar memelihara ikan.
(b)  Kerana neneknya sakit.
(c)  Ikan Hafiz mati.




Tahap Kognitif:

Pengetahuan

KPS:

Meramal



Kemahiran Berfikir :

Menghubung kait


BBM :


Nilai :

Kasih Sayang


Pencetusan Idea
(15 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan ;
(a)  makanan
(b)  air
(c)  udara
(d)  tempat tinggal








Jenis Aktiviti : Soal Jawab
  1. Guru menayangkan gambar ikan Hafiz yang mati.

  1. Guru menyoal murid:

           (a) Kenapa ikan Hafiz mati ?

Jenis Aktiviti : Tayangan Gambar Haiwan

     1. Guru menayangkan beberapa gambar
         haiwan.
     2. Murid memerhati gambar dengan teliti.
     3. Guru menyoal :
        
         (a) Apakah makanan haiwan berikut ?
         (b) Apakah haiwan berikut
              memerlukan makanan dan tempat
               tinggal ?
 


Tahap Kognitif:

Pengetahuan
Pemahaman


KPS:

Pemerhatian
Komunikasi
Membuat Inferens


BBM :



Nilai :

Kasih Sayang

Penstrukturan Semula Idea
(25 minit)

Menyatakan Keperluan Asas Haiwan :
( a ) Makanan
( b ) Air
( c ) Udara
( d ) Tempat Tinggal  

Jenis Aktiviti: Kerja Kumpulan

1.    Murid dibahagikan kepada kumpulan 4 kumpulan mengikut jenis keperluan asas haiwan.

2.    Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan.

Eksperimen:
i)             Murid memasukkan ulat beluncas ke dalam empat buah bekas.

Bekas A : Mengandungi sehelai daun dan
                ditutup dengan kasa dawai.

Bekas B:   Mengandungi air, tanpa daun
                 dan ditutup dengan kasa dawai.


Bekas C : Mengandungi air dan daun serta
                 ditutup rapat supaya udara tidak
                 boleh masuk.

Bekas D : Mengandungi air, daun dan
                 ditutup dengan kasa dawai.

3.  Murid diminta merekodkan pemerhatian
     selama 5 hari dan menyelesaikan  
     lembaran kerja yang disediakan.
     (Lampiran 1)

4. Guru menunjukkan gambar haiwan dan      
tempat tinggal haiwan. (Gambar)

5. Guru menyoal murid

a) Di manakah tempat tinggal haiwan
 berikut ?

KPS:
Pemerhatian
Membuat eksperimen
Membuat kesimpulan
Menyatakan pembolehubah

BBM :

Lembaran Kerja (Lampiran 1 )




Nilai :

Bekerjasama dalam kumpulan.

Bertanggungjawab dengan setiap ahli dalam kumpulan dengan menyumbangkan jawapan.










Aplikasi Idea
(10 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan
1.    Udara
2.    Air
3.    Makanan
4.    Tempat berlindung




  1. Guru meminta murid menamakan  tempat tinggal haiwan. (Lampiran 2)
Contoh: Sarang (burung, semut,tebuan), gua (kelawar)

Tahap Kognitif:

Pengetahuan
Pemahaman


KPS:

Pemerhatian
Komunikasi
Membuat Inferens


BBM :

Lembaran Kerja (Lampiran 2 )

Slaid Power point


Nilai :
Kasih sayang

Refleksi
(5 minit)

Rumusan tentang keperluan asas haiwan.
  1. Guru memilih murid secara rawak untuk menyatakan keperluan asas haiwan.
  2. Murid dapat menyatakan haiwan memerlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal untuk hidup.
  3. Guru mengedar lembaran kerja rumah kepada murid
Tahap kognitif
Membuat kesimpulan

BBM:





No comments:

Post a Comment